Kelas Microsoft Powerpoint dan Tayangan KDB

4 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Jun 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas Microsoft Powerpoint dan Tayangan KDB. Seramai 4 orang murid SK Batang Maro yang telah menyertai kelas tersebut. Objektif utama kelas itu adalah untuk meningkatkan kreativiti peserta. Selain itu, mereka dikehendaki memilih template yang menarik serta bersesuaian. Seterusnya, memilih warna, jenis font yang bersesuaian dan jelas untuk dilihat para audiens.

Sementara itu, pengisian kepada peserta iaitu tayangan klik dengan bijak. Tayangan tersebut memberi keterangan tentang buli siber terhadap kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa juga haruslah memantau anak-anak secara atas talian supaya tidak terlibat dengan jenayah buli siber yang semakin berleluasa pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali