Paint And Kahoot Quiz

26 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas melukis secara online sempena Hari Raya Aidiladha. Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang murid Sk Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kreativiti mereka dalam melukis. Hal ini dikatakan demikian kerana melukis dengan baik merupakan bakat ataupun seni yang tidak semua orang yang boleh memiliki.

Oleh itu, peserta cilik dapat mencungkil bakat tersendiri mereka dengan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan markah ataupun prestasi yang menonjol. Selain itu, pengisian dengan membuat kuiz kahoot berkaitan subjek-subjek yang pernah dipelajari. Dengan itu, mereka dapat mengulangkaji semula subjek yang pernah dipelajari dan akan dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali