Canva : Poster Maulidur Rasul

2 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Oktober 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan platform canva iaitu membina poster Maulidur Rasul. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid Sk Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran peserta. Mereka dikehendaki memilih design template sendiri dengan tema Maulidur Rasul yang telah ditetapkan.

Selain itu juga, mereka juga memilih pelbagai jenis tulisan, warna dan font yang boleh menjadikan poster mereka lebih menarik dan cantik. Seterusnya, memilih banyak lagi design yang memang disediakan percuma dari platform canva. Dengan itu, mereka dapat menghasilkan sebuah poster yang bertemakan Maulidur Rasul dengan sangat cantik dan menonjol dengan kreativiti mereka tersendiri. Oleh itu, saya berharap agar banyak lagi peserta yang akan menyertai kelas seperti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali