Asas Microsoft Powerpoint Dan Tayangan KDB

17 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas asas Microsoft powerpoint iaitu dengan menyenaraikan rukun iman, rukun islam, 25 nabi dan 10 Malaikat. Kelas ini telah di hadiri oleh 10 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut adalah untuk membentuk pelajar yang berakhlak mulia dan taat pada agama. Seterusnya, mereka dikehendaki memilih template yang bersesuaian untuk membuat slide yang berkesan dan nampak jelas.

Selain itu, mereka perlulah memilih designs, warna font, jenis font dan warna background yang jelas serta kemas. Disamping itu, pengisian kelas dengan tayangan klik dengan bijak. Hal ini demikian supaya mereka lebih berhati-hati di media sosial serta supaya mereka tidak terpedaya dengan perkara yang negatif. Oleh itu, peranan ibu bapa sangatlah penting untuk mengurangkan penggunaan telefon yang kerap terhadap anak-anak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali