Teamwork And Presentation Skills

25 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas iaitu bekerja secara kumpulan dan membuat pembentangan. Kelas tersebut telah dihadiri seramai 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk melatih para peserta supaya berani dan berkeyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai. Hal ini dikatakan demikian kerana peserta perlulah meningkatkan diri mereka supaya berani dan mengulaskan sesuatu perkara dengan tepat dan lancar.

Selain itu, kelas tersebut penting kerana dapat mendidik mereka supaya dapat bekerjasama antara satu sama lain. Dengan adanya kelas tersebut, mereka dapat membentangkan hasil kerja mereka dengan baik dan mengulaskan isi-isi dengan tepat dan padat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali