Bimbingan Mengisi Borang Permohonan Lesen Perniagaan (Usahawan)

16 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei yang lalu, petugas PEDi Batang Maro telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada 2 orang usahawan wanita Kampung Batang Maro yang juga merupakan usahawan bimbingan dibawah PEDi Batang Maro untuk mengisi borang permohonan lesen perniagaan. Usahawan-usahawan ini gigih mendapatkan lesen perniagaan bagi mengembangkan lagi jualan produk mereka sekaligus bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan bantuan/pinjaman perniagaan.

Selain itu, mereka turut meminta pendapat dan idea-idea bernas dari petugas-petugas PEDi untuk mempromosikan produk mereka dengan lebih baik menggunakan platform sosial media dan meminta untuk membimbing mereka membuat bahan iklan produk. Semoga perniagaan usahawan-usahawan lebih maju dan dipermudahkan urusan untuk mendapatkan lesen perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali