Canva : Design Resume

25 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas membuat resume menggunakan Canva. Kelas tersebut telah dihadiri 3 orang pelajar lepasan STPM. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan. Mereka juga dibimbing dengan memilih template, font, design dan warna yang jelas serta mudah untuk difahami.

Selain itu juga, mereka dikehendaki melengkapi setiap perkara seperti pengalaman, pencapaian, maklumat diri, kebolehan atau kemahiran dan lain-lain. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat yang lengkap dalam resume dapat membantu mereka untuk mudah mendapat sesuatu pekerjaan tersebut. Oleh itu, resume penting untuk dibuat dan dikemaskini lebih-lebih lagi graduan lepasan Stpm, Universiti dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali