Canva (Membuat Resume)

14 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 November 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas canva iaitu membuat resume. Kelas tersebut dihadiri oleh belia yang merupakan lepasan SPM. Sebelum mendapat keputusan SPM, beliau ingin mengisi kekosongan masa lapang dengan membuat resume. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam menggunakan canva.

Canva merupakan platform yang mudah digunakan kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti mempunyai template untuk membuat resume. Hal ini dikatakan demikian kerana, canva dapat membantu seseorang untuk menghasilkan resume dengan lebih cantik dan menarik. Oleh itu, platform ini sangat penting untuk belia membuat resume dan mengisi jawatan kosong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali