Entrepreneur: Social Media Marketing

23 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas entrepreneur iaitu Modul Social Media Marketing. Pembelajaran ini merupakan pembelajaran atas talian. e-Latih merupakan platform pembelajaran dalam talian terulung Malaysia yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Melalui e-Latih, rakyat Malaysia dapat meningkatkan kemahiran dan meningkatkan prospek pekerjaan mereka serta meningkatkan keupayaan diri bagi menjana pendapatan mereka.

Terdapat banyak kursus yang percuma telah ditawarkan melalui platform ini. Seramai 2 orang usahawan Kampung Batang Maro telah mengikuti kursus tersebut. Kursus ini dapat meningkatkan kemahiran mempromosikan produk jualan usahawan dengan menggunakan platform social media seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Tiktok dan sebagainya. Selain itu, usahawan juga turut mengetahui tentang tips-tips untuk menarik minat pembeli secara lebih berkesan sekaligus meningkatkan hasil jualan perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali