Latihan Komunikasi (Pembentangan) Dan Tayangan KDB

5 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Jun 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas Latihan Komunikasi iaitu pembentangan dan tayangan klik dengan bijak. Seramai 5 orang murid SK Batang Maro yang telah menyertai kelas tersebut. Objektif utama kelas itu diadakan adalah untuk memberi keyakinan diri apabila berhadapan di depan orang ramai. Selain itu, melatih para peserta untuk lantang bercakap dengan jelas dan memberi penerangan yang mudah difahami oleh audiens.

Dengan itu mereka dapat menerangkan hasil kerja mereka dengan mudah dan lebih jelas. Sementara itu, pengisian kepada peserta iaitu tayangan klik dengan bijak. Tayangan tersebut memberi keterangan tentang buli siber terhadap kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa juga haruslah memantau anak-anak secara atas talian supaya tidak terlibat dengan jenayah buli siber yang semakin berleluasa pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali