Soft Skills : Pengurusan Masa

13 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas soft skills iaitu tentang pengurusan masa. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang murid tahun 5. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan keyakinan diri bercakap di depan khalayak ramai.

Selain itu juga, mereka dibimbing untuk membuat pembentangan menggunakan kertas mahjung yang telah disediakan. Seterusnya, mereka dibahagikan dengan dua kumpulan dan melakukan kerja pembentangan dengan semangat bekerjasama. Setelah itu, mereka akan membentang di depan dengan suara yang lantang dan jelas. Oleh itu, mereka berjaya membentangkan hasil kerjasama mereka dan menghasilkan pembentangan yang bernas serta tepat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali