Typing Training dan Test

5 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 November 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning iaitu Typing Training dan Test. Kelas tersebut telah dihadiri seramai 3 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kepantasan menaip peserta. Selain itu juga, typing test penting bagi memastikan peserta meneliti ejaan yang betul ataupun salah.

Seterusnya, mereka dibimbing supaya dapat menguasai bahasa terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dengan adanya kelas tersebut, mereka dapat meningkatkan kadar kepantasan menaip yang cepat dan sentiasa memastikan ejaan sesuatu perkataan tersebut betul. Oleh itu, saya berharap peserta dan pelajar yang lain sentiasa mempraktikkan diri mereka untuk menguasai bidang menaip dengan pantas dan tepat ejaannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali