Typing Test Dan Tayangan KDB

2 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Oktober 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan platform google iaitu typing test challenge. Kelas tersebut dihadiri seramai 3 orang murid tahun 5 SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kelajuan menaip dengan ejaan yang tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana menaip juga adalah salah satu kelebihan yang dapat memudahkan mereka untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Selain itu, menaip dapat menjimatkan lagi masa mereka. Dengan adanya latihan menaip, para peserta pasti akan dapat meningkatkan tahap kelajuan menaip dengan lebih baik. Seterusnya, pengisian dengan tayangan klik dengan bijak. Kami berharap agar lebih banyak lagi peserta yang akan mengikuti kelas seperti berikut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali