Asas Microsoft Word Dan Tayangan KDB
8 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mei 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas asas Microsoft word iaitu membuat jadual aktiviti sepanjang cuti sekolah. Kelas ini telah di hadiri oleh 6 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut adalah untuk membentuk pelajar supaya memiliki prinsip diri yang baik dan tegas. Hal ini demikian kerana, mereka perlu mengetahui bahawa setiap aktiviti yang dilakukan dapat membentuk diri mereka untuk menjadi seseorang yang lebih berprinsip dan berkeyakinan diri.
Selain itu, mereka memilih template, warna, tulisan yang sesuai untuk membuat jadual lebih menarik dan efektif. Disamping itu, pengisian kelas dengan tayangan klik dengan bijak. Perkara ini sangat penting untuk diterapkan oleh para pelajar supaya mereka lebih berhati-hati terhadap penipuan dalam online yang kini berleluasa. Oleh itu, peranan ibu bapa sangatlah penting untuk mengurangkan risiko penggunaan telefon yang kerap terhadap anak-anak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: