Microsoft Word Dan KDB
9 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 8 Oktober 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Word dan Klik Dengan Bijak. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan ketepatan ejaan dan kelajuan dalam menaip. Hal ini adalah kerana, menaip merupakan perkara asas dalam Microsoft Word yang perlu dipelajari. Selain itu juga, mereka dikehendaki untuk mengenalpasti setiap ejaan mahupun abjad yang betul.
Dengan adanya kelas Microsoft word, mereka dapat menaip dengan lancar dan dapat mempelajari asas-asas Microsoft word dengan mudah sekali. Seterusnya, pengisian dengan tayangan klik dengan bijak. Hal ini dapat memberi kesan positif kepada peserta untuk lebih berhati-hati dalam melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: