Microsoft Word Surat Rasmi
17 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft word iaitu membuat surat rasmi. Kelas tersebut dihadiri oleh 3 orang belia Kampung Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang basic Microsoft word.
Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft word sangat penting untuk memudahkan seseorang dan menjadikan dokumen yang dihasilkan nampak lebih kemas dan menarik. Selain itu, dapat membuat pelbagai jenis surat dengan mudah. Dengan adanya Microsoft Word, pengguna lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu tugasan berkaitan dengan dokumen dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: