e-Latih : Working With Computers And Devices With Microsoft

22 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan e-Latih iaitu Modul Working with Computers and Devices with Microsoft. Pembelajaran ini merupakan pembelajaran atas talian. e-Latih merupakan platform pembelajaran dalam talian terulung Malaysia yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Melalui e-Latih, rakyat Malaysia dapat meningkatkan kemahiran dan meningkatkan prospek pekerjaan mereka serta meningkatkan keupayaan diri bagi menjana pendapatan mereka. Terdapat banyak kursus yang percuma telah ditawarkan melalui platform ini. Seramai 2 orang belia Kampung Batang Maro telah mengikuti kursus tersebut. Kursus ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai komputer serta mempelajari ilmu mengenai Microsoft.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali