Online Coloring (E-Learning)
2 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas E-learning iaitu Online Coloring. Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan daya tumpuan mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, mewarna mempunyai manfaat intelektual yang tersendiri. Selain itu juga, mewarna dapat membantu menangani masalah emosi dan mental.
Sebagai contoh, masalah emosi boleh dicetuskan oleh kebosanan, tekanan perasaan dan rasa tidak bersistematik. Oleh itu, mewarna dapat menimbulkan atau mengalihkan focus mereka daripada tabiat negative. Dengan adanya aktiviti mewarna secara atas talian, mereka berasa lebih seronok kerana dapat memilih skim warna yang kompleks seterusnya dapat menghasilkan warna yang cantik dari segi visual.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: