Microsoft Powerpoint (Carta Organisasi)

13 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu kelas Microsoft Powerpoint membuat carta organisasi. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam membuat slide ataupun carta organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft Powerpoint adalah software yang dapat memudahkan kerja seperti membuat pembentangan atau slide.

Selain itu, powerpoint dilengkapi oleh pelbagai tools seperti text art, image import, animation import, video import dan lain-lain yang akan membuat slide terlihat menarik. Seterusnya, software tersebut juga dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang dengan cepat kerana template yang sudah sedia ada. Dengan adanya Microsoft powerpoint tersebut peserta dapat menghasilkan slide dan carta organisasi yang lebih professional, menarik, cantik dan kemas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali