Stem: Robotic Hand
15 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat Robotic Hand. Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah.
Oleh itu, mereka dikehendaki untuk membuat robotic hand menggunakan bahan-bahan yang mudah seperti kertas, tali dan straw. Dengan adanya tunjuk ajar dari youtube dan bimbingan dari kami mereka dapat menghasilkan robotic hand yang cantik dan bertindak balas apabila tali-tali ditarik. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan untuk para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: