Quizizz

15 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Januari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning iaitu Quizizz. Quizizz merupakan platform pembelajaran berasaskan permainan yang membolehkan pemain menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan. Menariknya pengguna juga boleh memasukkan suara dalam soalan. Selain itu, platform tersebut boleh diberikan sebagai latihan kerja rumah kepada pelajar.

Justeru, berdasarkan pengamatan penulis, aplikasi Quizizz lebih mesra pengguna dan berkesan dalam memperkasakan pembelajaran atas talian. Oleh itu, Quizizz memberi banyak manfaat untuk memastikan proses pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan mantap.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali