Softskills Matching Game

18 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 November 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu Matching Game. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama game tersebut diadakan adalah supaya mereka dapat berfikir secara lebih kritis dan holistik. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam game tersebut mereka akan merasa lebih seronok dan dapat belajar benda baharu. Selain kelas ict, aktiviti atau game seperti ini juga boleh diadakan supaya peserta tidak merasa tertekan untuk berterusan menghadap komputer.

Bukan itu sahaja, kelebihan mereka dapat bermain game seperti ini dapat mendorong mereka supaya meneka dan dapat meningkatkan tahap berfikir secara lebih berkesan dan rasional. Dengan adanya, permainan seperti mereka berasa sangat seronok dan tidak bosan untuk belajar. Saya juga berharap agar lebih ramai peserta yang dapat mengikuti kelas-kelas yang diadakan di NADI Batang Maro.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali