Softskills (Egg Cooking)

19 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Februari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu egg cooking. Kelas tersebut dihadiri oleh 3 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta. Belajar memasak bukanlah hanya tentang mengasah skill mengolah makanan sahaja malah lebih banyak manfaat lain. Salah satu manfaat memasak adalah dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Contohnya, mereka boleh memasak telur dengan menggunakan cara yang berlainan seperti masak ala sate.

Selain itu juga, memasak dapat melatih diri seseorang untuk lebih sabar. Hal ini dikatakan demikian kerana, sesetengah masakan memerlukan masa yang lama untuk dimasak atau lebih matang. Oleh itu, memasak mempunyai banyak manfaat yang dapat menjadikan seseorang itu lebih berkreativiti dan rajin untuk memasak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali