Scratch 2.0 (Stem)
24 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu Scratch 2.0. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan berfikir secara interaktif. Scratch merupakan satu platform yang mendorong peserta untuk berfikir secara kreatif. Hal ini demikian kerana, Scratch memudahkan untuk membuat design, animasi, dan bercerita menggunakan kombinasi media, grafik serta suara.
Selain itu juga, platform ini dapat menggabungkan elemen pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan . Kesimpulannya, Scratch adalah perisian yang pengaturcaraan visual yang hebat untuk peserta mempelajari cara pembelajaran yang kreatif dan menarik serta membantu membangunkan kreativiti dan imaginasi mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: