Desktop Organizer Waste Paper (Stem)

26 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat Desktop Organizer Waste Paper (STEM). Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan.

Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya, mereka diberi bimbingan untuk membuat organizer yang kemas berdasarkan tunjuk ajar dari Youtube dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar NADI Batang Maro. Dengan adanya bahan yang cukup lengkap, mereka dapat menghasilkan desktop organizer menggunakan kertas terbuang dengan lebih kemas dan sangat cantik seperti dalam youtube. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali