Listening Skills (Spelling Test)
28 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu listening skills. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang murid Tingkatan 2. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk mengasah bakat atau kemahiran para peserta dalam mendengar dan mengeja dengan teliti. Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas. Sebagai contoh keupayaan para peserta mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan.
Selain itu, aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaanya begitu meluas dalam kehidupan seharian. Sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas. Dengan itu, pentingnya kemahiran mendengar dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: