Diy Solar System Planetarium (Stem)

30 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Jun 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat DIY Solar System Planetarium. Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya, mereka diberi bimbingan untuk mewarna setiap planet-planet yang telah sedia ada. Dengan adanya bahan yang cukup lengkap, mereka dapat menghasilkan DIY Solar System Planetarium dengan cantik dan warna planet seakan sama seperti dalam gambar. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali