Make Parachute From Plastic Bag (Stem)
4 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mac 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat payung terjun menggunakan beg plastik. Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, mereka dikehendaki untuk membuat paying terjun yang diperbuat daripada beg plastik.
Antara bahan yang digunakan ialah plastik, gunting, tali dan cawan plastik. Dengan adanya tunjuk ajar dari youtube dan bimbingan dari kami mereka dapat menghasilkan payung terjun yang cantik dan mewujudkan daya seretan dengan memperlahankan penurunan sesuatu objek tersebut. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: