Membuat Bunga Matahari Dari Kawat Bulu (Softskills)

5 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu membuat bunga matahari dari kawat bulu. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang murid Sk Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta. Hal ini dikatakan demikian kerana softskills adalah kemampuan setiap orang dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya, softskills secara tidak langsung dapat mendorong individu bersikap professional dalam membuat sesuatu perkara. Selain itu juga, kelebihan softskills membuat bunga matahari dapat menambah bakat dan ilmu pengetahuan terhadap peserta. Dengan adanya aktiviti seperti berikut, peserta dapat menghasilkan bunga matahari yang sangat cantik, kemas dan menarik. Saya berharap agar banyak lagi peserta yang dapat mengikuti kelas-kelas seperti berikut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali