Microsoft Excel (Chart)
14 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Excel. Kelas tersebut dihadiri oleh 2 orang murid Sekolah Menengah. Objektif utama kelas ini adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta menganalisis data yang diperolehi dengan mudah menggunakan formula di Microsoft Excel sekaligus mencipta “pie chart” dan “bar chart”. Selain itu, para peserta dapat meningkatkan kemahiran menaip dengan memasukkan maklumat senarai nama yang ingin dianalisis. Kelas ini akan membantu para pelajar membuat rumusan mengenai sesuatu kaji selidik yang ingin mereka buat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: