Typing Training and Test
15 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas menaip menggunakan laman sesawang Typing Training. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kelancaran menaip dan ketepatan dalam menaip. Hal ini dikatakan demikian kerana, menaip adalah perkara yang harus diperbaiki dengan seutuhnya supaya peserta dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat. Dengan adanya typing training ini, peserta berani untuk mencuba sesuatu yang baharu untuk mendapatkan wpm yang lebih banyak. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk memastikan ejaan yang ditaip betul dan tepat. Dengan itu, peserta dapat meningkatkan wpm mereka dengan lebih baik dan menaip dengan lebih lancar. Oleh itu, saya berharap agar lebih ramai peserta yang akan mengikuti kelas seperti berikut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: