Poster Hari Raya (Canva)

20 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan canva iaitu membuat poster Selamat Hari Raya. Kelas tersebut dihadiri oleh 3 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta menggunakan canva. Selain itu, canva sangat mudah digunakan kerana mempunyai pelbagai fungsi antaranya ialah dapat memilih tenplate yang sesuai dan tersedia, dapat mengedit gambar, design visual, menambahkan teks dengan pelbagai font dan banyak lagi. Seterusnya, canva dapat menjimatkan masa seseorang. Oleh itu, dengan adanya platform canva, para peserta dapat menghasilkan sebuah poster yang sangat menarik dan cantik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali