Entrepreneur (Designs Sticker)

21 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas entrepreneur iaitu designs sticker. Kelas tersebut dihadiri oleh seorang usahawan muda yang ingin membuat sticker pada air balang. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kaedah penjualan. Hal ini dikatakan demikian kerana, sticker lebih memudahkan para pelanggan untuk membeli produk jualan. Selain itu juga, designs sticker yang menarik yang dihasilkan melalui kaedah printing akan menaikkan jenama dengan cepat. Seterusnya, sticker memudahkan pekerjaan kerana hanya perlu cabut dan tampal sahaja. Dengan itu, produk yang dijual lebih berkualiti serta dapat memajukan lagi perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali