Softskills: Membuat Bunga dari Kawat Bulu

21 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mac 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu membuat bunga dari kawat bulu. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran peserta. Softskills ialah kemampuan yang dimiliki oleh setiap individu yang merangkumi kecerdasan, kemampuan berkomunikasi atau berinteraksi, kemampuan menguruskan masa dan kemampuan lainnya. Oleh itu, peserta dikehendaki untuk membuat bunga daripada kawat bulu yang pelbagai warna. Selain itu, peserta diberi bimbingan dengan pembelajaran melalui youtube. Dengan adanya tunjuk ajar dari youtube, peserta dapat menghasilkan bunga dengan kemas dan menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali