Basic Scratch 2.0

22 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu menggunakan platform Scratch 2.0. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan berfikiri secara kreatif serta inovatif. Scratch merupakan salah satu platform yang mendorong peserta untuk berfikir dengan kritis. Hal ini dikatakan demikian kerana, Scratch dapat memudahkan peserta untuk membuat design, animasi, dan bercerita menggunakan kombinasi media, grafik serta suara. Selain itu juga, platform ini dapat menggabungkan elemen pembelajaran interaktif dan menyeronokkan. Kesimpulannya, scratch adalah satu perisian yang pengaturcaraan visual yang hebat untuk peserta mempelajari cara pembelajaran yang kreatif dan menarik serta dapat membangunkan kreativiti dan imaginasi mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali