Entrepreneur : Personal Coaching
3 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 2 Februari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas entrepreneur iaitu personal coaching. Objektif utama personal coaching diadakan adalah untuk memastikan aktiviti perniagaan berjalan dengan lancar. Seterusnya, personal coaching diadakan di tempat usahawan menjual ataupun berniaga. Hal ini demikian juga untuk membincangkan hala tuju perniagaan serta membimbing cara menarik lebih ramai pelanggan melalui social media. Selain itu, bimbingan untuk memperbanyakkan lagi menu-menu di gerai untuk meraih lebih banyak sumber pendapatan. Akhir sekali perbincangan untuk membuat lesen perniagaan usahawan yang berdaftar dibawah PBT bagi menjamin dan mengukuhkan lagi perniagaan. Oleh itu, pihak kami berharap agar usahawan-usahawan di Kampung Batang Maro dapat menjayakan perniagaan mereka walau dimanapun platform.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: