STEM (Speedy Car Toy)
4 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat speedy car toy. Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya, mereka diberi bimbingan membuat kereta mainan yang menggunakan beberapa bahan seperti getah, popstick, bateri, penutup botol dan lain-lain. Dengan adanya bahan yang cukup lengkap, mereka dapat menghasilkan kereta mainan dengan kelajuan yang memuaskan seperti dalam youtube. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: