Softskills: Bimbingan Pengisian Sistem Pengurusan Identiti (idMe)

13 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas Bimbingan Pengisian Sistem Pengurusan IDentiti (idMe). Kelas tersebut lebih diberi tumpuan kepada para ibubapa untuk mengemaskini data murid. Hal ini dikatakan demikian kerana kemaskini data murid penting supaya maklumat yang diisi tidak tercicir.

Selain itu juga, bimbingan pengisian sistem pengurusan tersebut diadakan adalah untuk memastikan para ibubapa mengisi sendiri maklumat anak mereka menggunakan khidmat komputer di PEDi ini. Sejurus itu, mereka dapat belajar mengendali komputer dengan sendiri dengan bimbingan pihak PEDi. Dengan adanya kelas tersebut, mereka dapat mengisi maklumat anak masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesalahan atau tercicirnya maklumat murid.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali