Typing Training
22 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu Typing Training. Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memastikan kelancaran menaip dan meningkatkan kemahiran peserta. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat sesetengah peserta yang baru belajar menaip dan ada masih belum lancar.
Selain itu, menaip adalah kemahiran yang merupakan pengetahuan asas setiap orang. Oleh itu, peserta dikehendaki untuk berlatih sekerap yang mungkin untuk memastikan kelancaran menaip mereka sangat baik. Antara salah satu manfaat menaip adalah dapat menjimatkan masa serta memperoleh ketepatan menaip. Dengan itu, pentingnya menaip dapat meningkatkan produktiviti kerja seseorang. Para peserta juga telah menujukkan kelancaran menaip dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: