Typing Test Challenge
7 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 6 Januari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan platform google iaitu Typing Test Challenge. Kelas tersebut dihadiri oleh 3 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kelancaran menaip. Hal ini dikatakan demikian kerana, menaip adalah perkara yang harus diperbaiki dengan seutuhnya supaya peserta dapat menaip dengan lebih pantas dan tepat.
Dengan adanya typing test challenge ini, mereka berani untuk mencuba sesuatu yang baharu untuk mendapatkan wpm yang lebih banyak. Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk memastikan ejaan yang ditaip betul dan tepat. Dengan itu, mereka dapat meningkatkan wpm mereka dengan lebih baik dan menaip dengan lebih lancar. Oleh itu, saya berharap agar lebih ramai peserta yang akan mengikuti kelas seperti berikut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: