E-Learning: Quizizz Sejarah
8 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 7 Januari 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning iaitu membuat quizizz subjek Sejarah. Kelas tersebut dihadiri oleh 6 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti. Quizizz merupakan platform berasaskan permainan yang membolehkan pemain menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan pilihan.
Selain itu juga, platform ini adalah salah satu alat pembelajaran kendiri yang membolehkan setiap pelajar meraikan pencapaian dan keupayaan masing-masing. Seterusnya, platform quizizz memberi impak yang sangat bagus dalam meningkatkan penglibatan pelajar serta dapat menganalisis maklumat yang berguna tentang pelajar. Dengan itu, setiap pendidik juga perlulah kreatif dan inovatif dengan sentiasa mencari alternatif terbaik bagi memastikan proses pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan mantap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: