Microsoft Word
13 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu Microsoft Word. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan asas dalam Microsoft Word. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft word adalah asas software yang harus dipelajari oleh para peserta untuk kepentingan masing-masing dalam membuat sesuatu kerja dengan lebih mudah dan lebih difahami. Seterusnya, di dalam kelas tersebut mereka diberi bimbingan untuk membuat ayat menggunakan kata nama am, kata nama khas dan kata kerja. Selain itu juga, Microsoft Word boleh digunakan untuk membuat dokumen seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, boleh digunakan untuk insert gambar dan sebagainya. Kelebihan Microsoft Word ini dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang kerana mudah untuk didapati dan sudah tersedia untuk berbagai OS. Oleh itu, pentingnya Microsoft Word ini juga kerana dapat mengurangi penggunaan kertas selaras dapat memnjimatkan kertas. Dengan adanya kelas Microsoft Word, peserta dapat belajar dengan lebih mudah dan lebih difahami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: