Microsoft Powerpoint dan KDB
14 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 13 Julai 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT iaitu kelas Microsoft Powerpoint. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 8 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam membuat slide ataupun carta organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft Powerpoint adalah software yang dapat memudahkan kerja seperti membuat pembentangan atau slide. Selain itu, powerpoint dilengkapi oleh pelbagai tools seperti text art, image import, animation import, video import dan lain-lain yang akan membuat slide terlihat menarik. Disamping itu, dalam kelas tersebut mereka diberi bimbingan untuk membuat slide simpulan Bahasa beserta maksud menggunakan design pilihan masing-masing. Dengan adanya Microsoft Powerpoint, dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang dengan cepat kerana template yang sudah sedia ada. Pengisian klik dengan bijak untuk menasihati para peserta agar lebih berhati-hati dalam menggunakan telefon dengan baik dan tidak disalahgunakan. Oleh itu, Microsoft powerpoint dapat membantu peserta dalam menghasilkan slide yang lebih professional, menarik, cantik dan kemas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: