E-Learning: Quizizz Sejarah dan Matematik
15 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 Julai 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning iaitu membuat quizizz subjek Sejarah dan Matematik. Kelas tersebut dihadiri oleh 7 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti. Quizizz merupakan platform berasaskan permainan yang membolehkan pemain menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan pilihan. Peserta diberi bimbingan untuk menjawab soalan subjek Sejarah dan Matematik. Selain itu juga, platform ini adalah salah satu alat pembelajaran kendiri yang membolehkan setiap pelajar meraikan pencapaian dan keupayaan masing-masing. Seterusnya, platform quizizz memberi impak yang sangat bagus dalam meningkatkan penglibatan pelajar serta dapat menganalisis maklumat yang berguna tentang pelajar. Dengan itu, setiap pendidik juga perlulah kreatif dan inovatif dengan sentiasa mencari alternatif terbaik bagi memastikan proses pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan mantap. Dengan adanya platform quizizz tersebut peserta dapat belajar ataupun mengulangkaji pelajaran dengan lebih mudah dan dapat meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: