Microsoft Word (Spelling) dan KDB
21 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas ICT Microsoft Word iaitu spelling dan tayangan klik dengan bijak. Kelas tersebut dihadiri oleh 6 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam Microsoft Word. Hal ini dikatakan demikian kerana, Microsoft word adalah asas software yang harus dipelajari oleh para peserta untuk kepentingan masing-masing dalam membuat sesuatu kerja. Selain itu juga, Microsoft Word boleh digunakan untuk membuat dokumen seperti surat rasmi, surat tidak rasmi, boleh digunakan untuk insert gambar dan sebagainya. Kelebihan Microsoft ini dapat memudahkan sesuatu kerja seseorang kerana mudah untuk didapati dan sudah tersedia untuk berbagai OS. Seterusnya, para pelajar di beri bimbingan untuk mengenalpasti setiap perkataan yang telah diberikan dan menulis semula perkataan tanpa melihat paparan di pc. Pengisian dengan tayangan klik dengan bijak untuk mengelakkan peserta terjebak dengan masalah buli siber yang semakin berleluasa. Dengan adanya kelas Microsoft Word, peserta dapat membuat spelling word dengan mudah dan lebih difahami untuk dihafal serta dibaca.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: