Softskills: Membuat Origami Burung Bangau

21 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas softskills iaitu membuat origami burung bangau. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran peserta. Softskills ialah kemampuan yang dimiliki oleh setiap individu yang merangkumi kecerdasan, kemampuan berkomunikasi atau berinteraksi, kemampuan menguruskan masa dan kemampuan lainnya. Oleh itu, para peserta diberi bimbingan untuk membuat origami burung bangau yang pelbagai warna. Mereka membuat origami berdasarkan dari youtube dan bimbingan daripada staff NADI. Dengan adanya aktiviti softskills, para peserta dapat belajar menghasilkan origami burung bangau dengan cantik dan sangat kemas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali