STEM: Make Walking Paper Horse
22 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu Make Walking Paper Horse. Kelas tersebut dihadiri oleh 6 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Di dalam kelas tersebut, mereka diberi bimbingan untuk membuat walking paper horse berdasarkan tunjuk ajar dari Youtube dan tunjuk ajar daripada tenaga pengajar NADI Batang Maro. Dengan adanya kreativiti yang dimiliki oleh mereka, peserta berjaya membuat walking horse dengan stabil dan cantik. Saya berharap agar mereka sentiasa memperbaiki diri mereka untuk meningkatkan lebih lagi kreativiti mereka untuk mencapai kejayaan masing-masing. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: