Program Bina Kerjaya MADANI 1.0 Kolaborasi bersama Shen Jai TVET College

27 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2024 yang lalu, Program Bina Kerjaya Madani 1.0 kolaborasi bersama Shen Jai TVET College telah diadakan di NADI Batang Maro. Program tersebut merupakan program yang melibatkan peserta seramai 37 orang. Pertama sekali pengisian program adalah tentang Taklimat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diiktiraf melalui 3 kaedah iaitu melalui Latihan di institusi yang diiktiraf (SLaPB) dan melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). Selain itu,antara faedah Persijilan kemahiran Malaysia adalah sijil diiktiraf oleh industry di Malaysia. Seterusnya, dapat menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik yang mereka ada. Disamping itu, Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia. Antara syarat minimum untuk menyertai Latihan Persijilan Kemahiran Malaysia adalah boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. Pada masa yang sama juga pengisian MyFutureJob serta penyerahan sijil kepada peserta-peserta yang telah menjalani kursus tersebut. Kami sangat berterima kasih kerana dapat berkolaborasi dengan pihak Shen Jai TVET College untuk menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali