Easy Popsicle Sticks Crafts (STEM)
28 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas STEM iaitu membuat popsicle sticks crafts dengan pelbagai jenis bentuk. Kelas tersebut dihadiri oleh 5 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran para peserta. Stem merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Hal ini demikian kerana, stem dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kemampuan peserta untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, mereka dikehendaki untuk membuat popsicle sticks crafts iaitu menggunakan bahan seperti popsicle, kertas, glue gam dan marker. Dengan adanya tunjuk ajar dari youtube dan bimbingan dari kami mereka dapat menghasilkan stem easy popsicles sticks crafts dengan pelbagai jenis bentuk dan haiwan. Oleh itu, stem sangat memberi impak yang berkesan dalam pembelajaran para peserta terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: