Klik dengan Bijak bersama ALK Koperasi Beting Maro, Berhad
29 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 Julai 2024, pihak NADI Batang Maro telah mengambil peluang untuk berkongsi tayangan Klik dengan Bijak Bersama ahli ALK Koperasi Beting Maro. Penggunaan internet ini telah menjadi norma yang dipraktikkan oleh setiap peringkat umur bagi menambah pengetahuan, berkomunikasi dan berurusan menggunakan perkhidmatan dalam talian. Seterusnya, tayangan tersebut juga memberi perkongsian supaya kita lebih berhati-hati dengan scammer yang semakin berleluasa pada masa kini. Selain itu juga, penting untuk masyarakat zaman sekarang untuk tidak mudah mempercayai kepada sesiapun meskipun dalam talian mahupun di luar talian. Hal ini bagi mengelakkan mereka di tipu oleh scammer dengan bermacam-macam tipu daya. Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melancarkan inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) sejak 2012 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar menggunakan Internet secara bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: